Tuesday, May 26, 2015

PABILA JANTUNG BERDEGUP KENCANG




Sumber : Google
 
Banyak pengalaman yang penulis lalui sepanjang mengendalikan sesi kaunseling kelompok baru-baru ini. Antaranya adalah rintangan yang melibatkan keyakinan diri. Sesuatu yang menyukarkan lagi situasi ini apabila masalah tersebut mengganggu emosi dan fokus sebelum,semasa dan selepas sesi kelompok dijalankan. 

 Hal ini memberikan impak maksima kepada penulis kerana umum sedia maklum bahawa dalam mengendalikan sebuah kelompok yang terdiri daripada ahli yang ramai, fokus  amatlah penting. Oleh itu, penulis tertarik untuk meneroka aspek “keyakinan diri”.


 Pada pendapat penulis, ahli kelompok adalah sebuah kapal yang akan belayar menuju destinasinya, manakala leader dan co-leader pula adalah nakhodanya

“Kunci kepada penentu kejayaan kapal tiba ke destinasi terletak pada keyakinan diri nakhoda”

Jadi, penulis benar-benar percaya bahawa aspek keyakinan diri amat penting dan perlu dirungkai bagi memastikan kelancaran sesi yang bakal dikendalikan nanti.


Sumber : Google

Bila disebut perihal keyakinan diri,,,masih ramai yang menghadapi masalah dalam mengawal “darah gemuruh” termasuklah diri penulis sendiri. Bagi merungkai isu ini dengan lebih mendalam, penulis sertakan fakta bertulis daripada sumber yang relevan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “darah gemuruh” didefinisikan sebagai mudah berasa gugup dan cepat hilang ketenangan.  


Menurut Kadek Suhardita (2011), sebahagian individu tidak menyedari tentang masalah keyakinan diri memberikan kesan terhadap kehidupan seharian mereka. Biasanya, tanda seseorang individu menghadapi masalah keyakinan diri ialah apabila dalam situasi yang penting dan genting, mereka akan ragu-ragu, cemas, menghindarkan diri, putus asa, tidak mempunyai inisiatif dan takut untuk tampil di khalayak ramai. Beliau turut menyatakan bahawa masalah keyakinan diri juga boleh menyebabkan seseorang individu cenderung kepada kemurungan, anaroxia nervosa, bunuh diri dan sebagainya.

Sumber : Google

“konsep percaya diri pada dasarnya merupakan suatu keyakinan untuk menjalani
kehidupan, mempertimbangkan pilihan dan membuat keputusan sendiri. Ini bermakna keyakinan diri hanya timbul pada saat seseorang melakukan sesuatu yang memang mampu dilakukan. Pada dasarnya seseorang akan berpuas hati dengan dirinya sendiri apabila melakukan suatu kegiatan, pekerjaan atau menyalurkan kemampuannya. Realitinya, seseorang mampu melakukan banyak perkara dalam hidupnya namun jika mereka hanya berkeyakinan apabila melakukan sesuatu yang menjadi kelebihan diri sahaja, itu masih tidak cukup membuktikan mereka benar-benar mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.” (Kadek Suhardita, 2011)

Oleh itu, wajar untuk penulis dan pembaca sekalian mengetahui tanda, kesan dan cara mengatasi masalah keyakinan diri ini. Penulis percaya dalam kehidupan seharian, kita seharusnya sentiasa berkeyakinan kerana “Keyakinan Adalah Tonggak Kejayaan”.

Di sini, penulis titipkan perkongsian berdasarkan penerokaan penulis dalam laman sesawang Motivasi Islami, terdapat 5 langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri adalah dengan :-

  •   Membangkitkan motivasikan diri
  •  Memiliki asas yang kuat
  •   Membebaskan diri daripada belenggu rendah diri
  • Mempertahankan dan memupuk kepercayaan diri yang mula muncul
  • Mengukuhkan kepercayaan diri



Sumber : Google

Nurul  Saidah  Mat  Adbi
43615

Sumber :
Kadek Suhardita. 2011. Efektivitas Penggunaan Teknik Permainan dalam Bimbingan Kelompok untuk Meningkatkan Percaya Diri Siswa. Edisi 1. ISSN 1412-565X.
Rahmat Mr. Power. 2015. Cara Meningkatkan Percaya Diri dalam 21 Hari. Motivasi Islami. Retrieved on 26 Mei 2015 at www.motivasi-islami.com/cara-meningkatkan-percaya-diri-dalam-21-hari/
Kamus Dewan Edisi Keempat. Retrieved on 26 Mei 2015 at http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=darah+gemuruh

8 comments:

  1. menarik perkongsian nurul...setiap individu selalunya memang ada darah gemuruh namun ianya boleh dikawal tetapi bergantunglah bagaimana individu tersebut mengawalnya...terima kasih atas perkongsian...Good Job!

    ReplyDelete
  2. cuba bergaul dengan orang yang jauh lebih tinggi ilmunya juga boleh boost up kita punya keyakinan diri..trust me

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. perkongsian yang menarik terutama sekali apabila penulis berkongsi tentang pengalaman sendiri. Sedikit cadangan untuk menampakkan lebih kemas ialah dengan cara menggunakan font size yang sama. All the best penulis! keep it up!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. satu perkongsian yang menarik, mungkin saya juga boleh mencuba 5 langkah perkongsian yang telah nurul nyatakan dalam penuisan nurul ini.

    ReplyDelete
  6. Nice sharing.. ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana sendiri.. Nurul kan tahu ana selalu buat persembahan, time tu ana memang akan ada gemuruh.. tapi apa yg ana buat adalah tarik nafas dengan teknik pernafasan yg betul dan yakin pada diri sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  7. Suka part tajuk, pabila jantung berdegup kencang. rasa macam ada ala ala tajuk lagu dangdut. hihi perkongsian dan perbincangan yang sangat menarik sebab font colourful. ternyata artistik amat terserlah hehe
    Good job :)

    -Atiqa anuar (44158)

    ReplyDelete